Saturday, December 26, 2009

Kisah seorang hamba......

Syaikh Abdurrhman Al-Muhazzab bercerita pula :

Sekali peristiwa ketika saya pergi untuk membeli belah di pasar, saya melalui pasar hamba, dan saya terlihat disana ada seorang saudagar yang sedang menawarkan seorang hamba, yang usianya masih kecil lagi, katanya berulang kali: Siapakah ingin membeli hamba, yang banyak celanya ini? Kemudian diulangi lagi kata kata itu berkali kali, dan sudah tentulah tidak ada orang yang mahu membelinya. Saya lalu menghampiri saudagar itu seraya bertanya kepadanya: Apakah cela hamba ini? Saudagar itu tidak menjawab, tetapi disuruhnya saya sendiri menayakan hamba itu tentang keaipannya, maka saya merenung wajah hamba itu, lalu bertanya kepadanya pula: Apa cela yang ada pada mu? Cela hamba sangat banyak, jawab hamba itu. Akan tetapi saya sendiri tidak mengerti cela yang mana satu yang dimaksudkan oleh tuan pemilik ku, sehingga dia memberi julukkan sebagai hamba yang paling banyak celanya.

Saya berpaling semula kepada pemilik hamba itu dan bertanya sekali
lagi ; Cela yang mana satu yang tuan maksudkan ? Mmh, hamba ini
mengidap penyakit gila , jawab saudagar itu. Penyakit gila ? saya
merenung wajah saudagar itu. Dalam hati ku mengatakan tidak
mungkin. Orang gila tak kan begini jawabnya. Betulkah engkau
mengidap penyakit gila ? tanya ku ingin tahu. Begitulah seperti kata
tuan pemilik ku, dia menjawab dengan penuh ragu dan tidak jelas.
Kalau betul pun, pada saat apakah penyakit itu datang ? tanya ku
lagi. Adakah setiap hari, atau setiap minggu, atau sebulan sekali ?
Tolonglah terangkan !

Tuan, bila penyakit itu mengusir dihati hamba, maka berjalanlah ia ke
seluruh angota badan ku, kemudian kedalam jiwa ku. Maka ketika itu
akan berubahlah akal ku, kemudian tampa ku rasakan lagi lisan ku
menyebut nyebut nama yang paling ku cintai. Akhirnya penyakit itu
membuat hati ku benar benar terancang kepadanya. Sementara itu badan
ku tidak begerak sedikit pun. Maka dengan sebab itulah, orang bodoh
yang memerhati ku dalam keadaan demikian akan menuduh ku orang gila,
sedang aku sendiri tidak memahami mengapa orang boleh mengatakan
begitu, kerana mungkin dia tidak pernah mengalaminya apa yang pernah
aku alami itu.



Mendengar apa yang dikatakan oleh hamba itu, teringat didalam hati
ku, bahwa dia termasuk diantara kekasih Allah. Orang bodoh seperti
yang diungkapkan hamba itu memang mementingkan kulit saja, tidak
kenal isi. Saya lalu mendekati pemiliknya dan bertanya :

Berapakah harganya ? Dua ratus dirham, jawabnya mahu tak mahu. Nah,
ini dua ratus dirham harganya, sambil menghulur wang itu, dan ini dua
puluh dirham lagi. Aku tambah untuk mu, kata ku lagi. Saya pun
mengajak hamba itu pulang kerumah. Tiba dirumah, saya menyuruhnya
masuk, tetapi mulanya ia enggan, seraya bertanya: Tuan tidak
mempunyai keluarga?? Dia bertanya kepada ku. Ada, jawab ku pendek.
Maaf, katanya tidak boleh sesaorarang itu bertemu dengan selain
keluarganya sendiri. Tidak mengapa. Aku benarkan kau masuk kedalam,
kata ku lagi. Semoga Allah memelihara hamba dari segala dosa,
ujarnya. Tidak mengapalah, biar hamba duduk diluar saja.Sekiranya
tuan memerlukan sesuatu, hamba bersedia untuk mengerjakan tampa
memasuki rumah.



Bagai mana hamba ini ? aku ingat didalam hati. Kelihatannya dia
terlalu warak dan menjaga selok belok agamanya dengan baik.
Baiklah, kalau begitu! Jawab ku kepadanya.

Saya terus memasuki rumah untuk mengambil makanan dan minuman untuk
memberikannya kepada hamba itu, tetapi ia menolaknya dengan alasan ia
sedang berpuasa.

Pada waktu malam, hamba itu berada sendirian dikamarnya di luar
rumah. Saya lihat senyap saja tiada berbunyi. Maka pada tengah
malam saya keluar untuk mengintipnya, dan saya dapati ia sedang giat
bershalat dengan khusyuknya. Dia tidak sedar saya sedang
mengintipnya. Selesai dari shalat ia terus sujud menangis serta
berdoa :

Ya Allah ! Ya Tuhan hamba ! Semua raja telah menutupi pintu rumahnya,
namun pintu Tuan sajalah yang tetap terbuka luas bagi siapa yang
ingin meminta Mu ! Ya Tuhan ! Bintang bintang di langit semuanya
berkelip kelipan, mata mata insan pula sedang tertutup kerana nyenyak
dalam tidur, namun Dikaulah Zat yang sentiasa sedar selamanya, tidak
pernah mengantuk atau tidur.



Ya Allah ! Kalau ada seorang sedang berkumpul dengan kekasihnya,
maka Dikaulah kekasih bagi orang yang benar benar mengenal cinta. Ya
Allah ! Kalau Tuan mengusir hamba, kemana kah hamba akan pergi. Ya
Tuhan! Jika Tuan menjauhkan hamba dari pintu Tuan, pada pintu
siapakah hamba akan mengetuk lagi ? Ya Allah ! Jika Tuan akan
menyiksa hamba , memang sepantasnyalah, sebab hamba tergolong orang
orang yang berdosa. Namun, jika Tuan memberi maaf, memanglah Tuan
adalah Maha Pemaaf dan Belas kasih kepada semua hamba Mu, kerana
Dikaulah Maha Dermawan !

Sesudah itu , anak itu bangun dari sujudnya seraya menangis, lalu
mengangkat kepalanya lagi dan berdoa : Ya Ilahi! Kepada Mu lah siapa
yang dekat dengan Mu beramal, Dengan kurnia Tuan, selamatkanlah hamba
hamba Mu yang salih dari kebinasaan. Dengan rahmat Tuan,
sadarkanlah hamba hamba Mu yang tersesat supaya kembali kejalan yang
lurus. Wahai Zat yang Baik ! Berilah hamba kemaafan, berilah hamba
maghfirah dan keampunan, sungguh Tuan adalah Zat Pemberi maaf
terhadap segala kesalahan hambaNya !

Mendengar doa hamba itu, tidak terbayang lagi keharuan di hati ku,
lalu saya meningglkan tempat itu, supaya tidak mengacau kekhusyuan
hamba itu. Pagi pagi saya datang untuk menemuinya lagi dan bertanya
sapa kepadanya. Saya memberi salam kepadanya seraya bertanya : Anak
ku ! Bagaimana tidur mu semalam, tenangkah ? saya pura pura tanya
tidak tahu. Bolehkah tidur mata yang benar benar takutkan api
neraka ? tanya dia kembali kepada ku. Lagi, kata ku hendak mendengar
seterusnya. Bolehkah tidur mata yang selalu mengigat perhitungan
amal di Mahsyar nanti, serta membayangkan saat dan ketika dihadapkan
kepada Tuhan yang Maha Kuasa ? hamba itu kemudian menangis terisak
isak. Anak ku ! Aku merdekakan diri mu semata mata kerana Allah,
kata ku kepadanya. Dia tidak menjawab, tetapi justeru dia semakin
menangis. Tidak lama kemudian ia berkata pula : Tuan ! katanya
kepada ku. Hamba dulu mendapat dua pahala , iaitu pahala beribadah
dan pahala melayani tuan. Kini satu daripadanya sudah dibebaskan,
tinggal satu lagi, iaitu beribadat kepada Tuhan. Ya , saya faham
maksud mu itu, sebab itu saya merdekakan mu, kata ku kepadanya lagi

Terima kasih, dan semuga Allah menyelamatkan tuan dari api neraka !
doanya untuk ku pula. Saya pun memberinya wang untuk keperluannya ,
dan membenarkan dia pergi, kerana dia sudah menjadi orang merdeka
sekarang, Dia lalu mengucapkan setinggi terima kasih lagi kepada ku,
tetapi wang yang ku berikannya itu ditolaknya sambil berkata : Tuhan
yang memberi ku rezeki sewaktu hamba diperut ibu, Dialah nanti yang
menangung rezeki hamba saat hamba berada diatas bumiNya ini !. Hamba
itu kemudian pergi meninggalkan ku, dan sesudah itu saya tidak pernah
lagi bertemu dengannya.

Ya Allah ! Berilah hamba Mu ini taufiq dan hidayah, sebagaimana Dikau
telah menganugerahkannya kepada para kekasih dan orang pilihan Mu,
Amin !...

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment